Enam ahli sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga lebih RM33 juta, didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, pada 15 dan 16 Januari 2024.
Kesemua suspek yang merupakan pengusaha dan runner perkhidmatan gudang sita penyimpanan kereta mewah di Pulau Langkawi, sebelum ini ditahan menerusi satu operasi khas dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2023.